Saturday 27 December 2014

ISTIMEWA UNTUK HATI YANG SEDANG BERSEDIH

╰╮ Istimewa untuk hati yang sedang bersedih ╰╮

Bismillaah ...

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubati resah dan gundah:

1.✔ Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah Shallallahu `Alaihi Wa sallam kepada anaknya Siti Fatimah.

2.✔ Berdoa - Mohonlah kepada-Nya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

3.✔ Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktivititas yang bermanfaat boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & berbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

4.✔ Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama)

5.✔ Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

~  Barakallahu Fiikum  ~

No comments:

Post a Comment

Beri komentar di sini

My Merguee

thatweb.com

123website.co.id Thatweb

Linking to YouLikeHits